Sejarah Syarikat

Sejarah Syarikat

Titik permulaan Al Ikhlas Engineering Sdn. Bhd. (AIESB) tertubuh adalah pada tahun 2007 di mana Pengasas Bersama AIESB telah di amanahkan oleh keluarganya sendiri untuk mereka dan membina 2 unit rumah banglo di atas sebidang tanah di Bandar Hilir, Melaka. Semenjak dari itulah, Pengasas Bersama AIESB bercita-cita untuk menjadi kontraktor reka & bina yang berjaya yang mengfokuskan kepada rumah persendirian sahaja.

Pada tahun 2012, Pengasas Bersama AIESB telah menubuhkan sebuah syarikat kontraktor reka & bina (Minda Prima Construction) tetapi malangnya atas kesibukan Pengasas Bersama AIESB menguruskan firma perunding kejuruteraan awam dan strukturnya sendiri (Minda Engineering Consultant) telah membantutkan hasratnya untuk pergi lebih jauh dalam bidang reka & bina rumah.

Sehinggalah pada tahun 2013, seorang sahabat baik kepada Pengasas Bersama AIESB telah mengamanahkan untuk mereka dan membina sebuah rumah banglonya yang terletak di Ayer Molek, Melaka, maka bermulalah perjalanan Al Ikhlas Engineering yang bertaraf R.O.B pada ketika itu sebagai kontraktor reka & bina rumah.

Melihat kepada perkembangan syarikat yang sihat dan dengan visi yang lebih besar, Pengasas Bersama AIESB dan seorang lagi Pengasas Bersama AIESB telah menaiktaraf syarikat dari bertaraf R.O.B ke R.O.C pada tahun 2015 dengan menjadi syarikat yang sekarang ini dikenali sebagai Al Ikhlas Engineering Sdn Bhd. (AIESB).

Matlamat AIESB adalah untuk diiktiraf sebagai kontraktor reka & bina rumah yang boleh dipercayai dengan kualiti perkhidmatan yang terbaik merangkumi setiap aspek seperti perancangan projek, pelaksanaan dan pengurusan projek, pengawalan dan pemantauan projek dan akhir sekali adalah hasil kualiti yang terbaik bagi sesebuah rumah yang dibina.

Maksud AIESB

Adherence To Standards (Kepatuhan Kepada Piawaian)

Adhere

Initiate all the time (Segera bertindak setiap masa)

Initiate

Enhance skills and knowledge (Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan)

Enhance

Striving For Excellence (Berusaha Demi Kecemerlangan)

Strive

Best Of The Best (Terbaik Diantara Yang Terbaik)

Best

Berkenaan AIESB

AIESB adalah sebuah syarikat yang dianggotai oleh sekumpulan profesional muda yang berdedikasi, komited dan berpengalaman, dengan misi untuk membantu anda mempunyai mahligai impian sendiri.

AIESB percaya dengan menggabungkan pengalaman, bakat dan dipandu oleh para profesional akan memberi impak dan manfaat yang besar kepada mana-mana projek yang dilaksanakan.

Gabungan pengalaman dan pengetahuan membolehkan syarikat ini menawarkan kepada pelanggan, prospektif dalam bidang rekabentuk dan bina rumah secara profesional & sentiasa mengutamakan kualiti demi melindungi kepentingan pelanggannya.

AIESB adalah syarikat milik penuh Bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), SIRIM STS dan Kementerian Kewangan (MOF).

Bidang Kemahiran

AL IKHLAS ENGINEERING SDN BHD menawarkan pelbagai kepakaran dalam bidang perkhidmatan pembinaan, sehingga meliputi peringkat akhir pembangunan projek :

Permulaan Projek

Kajian Kelayakan & Reka Bentuk Konsep


Perancangan Projek

Perancangan, Reka Bentuk & Penyerahan


Pelaksanaan & Kawalan Projek

Pentadbiran Kontrak & Penyeliaan.


Penutupan Projek

Mengikut Sepertimana Dokumentasi Pembinaan