Bina Rumah

Bina Rumah

Teras utama perkhidmatan kami adalah pembinaan rumah banglo persendirian. Sehingga hari ini, kami telah membina berpuluh rumah banglo di seluruh Malaysia.

Jika anda mempunyai lot tanah yang ingin dibangunkan, rumah banglo, kami bersedia membantu anda dalam segala urusan berkaitan seperti rekabentuk, lukisan pelan, kelulusan pelan dari PBT, permohonan pinjaman perumahan kerajaan dan bank.

1. KAMI BANTU ANDA URUS KELULUSAN PELAN BANGUNAN RUMAH DARI PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA/BANK
Sebelum memulakan pembinaan rumah impian anda, kelulusan pelan bangunan rumah dari Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah didapatkan terlebih dahulu. Untuk proses serahan pelan rumah ke Pihak Berkuasa Tempatan, anda memerlukan 2 jenis pelan yang berasingan; iaitu pelan arkitektur dan pelan struktur. Anda perlu mencari dan berurusan dengan 2 pihak yang menghasilkan pelan-pelan tersebut dan ianya pasti merumitkan dan membuang masa anda yang berharga itu. Kini segala urusan penghasilan pelan-pelan tersebut boleh dibuat oleh kami di bawah satu bumbung. Ini akan menjimatkan masa anda dan mengelakkan kesalahfahaman dari berlaku. Pasukan kami yang terdiri daripada perekabentuk arkitek dan jurutera struktur akan membantu anda sebaik mungkin demi memastikan projek rumah impian anda berjalan dengan lancar.
Selepas itu, barulah boleh pihak pembiaya pinjaman perumahan memproses permohonan pinjaman anda. Urusan ini sangat merumitkan dan memeningkan apatah lagi jika anda kesibukan dan tidak pernah berurusan dengan pihak-pihak yang terlibat. Tidak mengapa, biarkan kami urus untuk anda dan kami bersedia untuk pening dan bersusah payah demi memastikan anda tersenyum lebar di depan rumah impian anda kelak.

2. STAF YANG PROFESIONAL DAN KOMITED DALAM BIDANG REKABENTUK DAN PEMBINAAN RUMAH DAN BOLEH DIPERCAYAI
Al Ikhlas Engineering Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang terdiri daripada sekumpulan profesional muda yang berdedikasi, komited dan berpengalaman dalam bidang rekabentuk dan pembinaan rumah. Diketuai oleh seorang Jurutera Profesional (Ir.) yang senior dan berpengalaman luas dalam bidang rekabentuk dan pembinaan. Operasi syarikat kami turut dibantu oleh staf-staf lain yang mempunyai sijil dan kelayakan tersendiri dalam bidang masing masing.
Kami telah berjaya merekabentuk dan membina berpuluh buah rumah banglo dengan 100% kesiapan tanpa terbengkalai. Kami menitikberatkan perjanjian pembinaan bersama peguam dilakukan sebelum kami memulakan kerja pembinaan di tapak bina. Tuntutan bayaran kemajuan kerja adalah mengikut peringkat kesiapan kerja dan bagi setiap kemajuan kerja di tapak bina, penyelia tapak kami akan memberi maklumat kemas kini kepada pelanggan secara berkala.

3. TEKNIK, PROSEDUR DAN KAEDAH REKABENTUK DAN PEMBINAAN YANG MEMATUHI SPESIFIKASI DAN PIAWAIAN SERTA PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN BINAAN YANG BERKUALITI DAN TEPAT
Demi memastikan keselamatan anda sekeluarga, kami menggunakan perisian khas bagi merekabentuk struktur kerangka utama rumah anda dan begitu juga dengan struktur kerangka bumbung rumah impian anda, Selain itu, kami juga mematuhi teknik, prosedur dan kaedah piawaian pembinaan serta spesifikasi yang telah ditetapkan. Bahan-bahan binaan yang kami gunakan untuk rumah impian anda juga adalah yang diluluskan oleh SIRIM dan bukannya CQ (Commercial Quality). Untuk penggunaan konkrit bagi struktur rumah pula, kami akan menempah konkrit siap campur khas dari pembekal konkrit ataupun konkrit campuran tapak yang sememangnya direkabentuk oleh jurutera struktur professional kami. Selain itu, kami juga akan membuat ‘slump test’ dan juga ujian kiub pada konkrit tersebut bagi memastikan kualiti rumah impian anda adalah terbaik.

4. PASUKAN PEMBINAAN TAPAK BINA YANG TERPILIH DAN KOMITED
Bukan sahaja staf professional yang akan memantau sepanjang proses pembinaan rumah impian anda, pasukan pembinaan kami atau tukang bina rumah adalah yang dipilih khas oleh kami agar benar-benar dapat menghasilkan kualiti kerja yang terbaik. Kami komited untuk menyiapkan rumah impian anda dengan pantas dengan hasil kualiti yang terbaik.

5. SYARIKAT BERDAFTAR DENGAN SSM, CIDB, SIRIM STS DAN MOF
AIESB adalah syarikat milik penuh Bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), SIRIM STS dan Kementerian Kewangan (MOF). Kami juga mempunyai ‘track record’ yang baik dengan pihak LPPSA dan kebanyakan bank kerana telah berjaya menyiapkan kesemua projek yang dibiayai oleh pihak mereka tanpa terbengkalai.